Sunday, July 18, 2010

PERTANDUNGAN BLOGGING 2010-ENTRI KEEMPAT

BERTINDIK

Adat resam bertindik dahulunya dilakukan dengan mengadakan kenduri kendara di mana tukang tindik cuma perlu menebuk kedua-dua cuping telinga anak perempuan yang berumur antara lima hingga sepuluh tahun dengan menggunakan sejenis daun. Adat bertindik ini sebenarnya dilakukan untuk meraikan anak perempuan yang dianggap akan meningkat remaja bagi mendidik mereka agar pandai berhias apabila meningkat dewasa kelak. Bagi keluarga Melayu zaman kini, ia merupakan suatu simbolik titik permulaan pemberian sesuatu yang berharga daripada ibu bapa kepada anak perempuan mereka yang berupa barang kemas.Selain itu,adat betindik juga sempena mengingati peristiwa Rasullulah di mana seorang wanita telah cedera di telinganya semasa terlibat dalam peperangan.Untuk menutup kecederaan di telinganya,beliau telah meletakkan sesuatu di lubang tersebut sebagai perhiasan.Inilah dikatakan asal usul bertindik di kalangan masayarakat melayu.
Pendapat saya:
Pada pendapat saya ,bertindik ini satu amalan yang digunakan oleh semua kaum hawa.Sekarang semakin ramai yang bertindik termasuk lelaki juga,walaupun lelaki tidak dibenarkan untuk bertindik telinganya ia sudah menjadi trend remaja sekarang..


No comments:

Post a Comment