Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di selatan semenanjung manakala di sebelah utara semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut.Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut.
Pendapat saya:
Saya rasa melenggang perut ini adalah satu amalan yang baik kerana ia membagikan bayi itu lahir dengan lancar tanpa komplikasi semasa bersalin.Adat resam ini juga sangat logik,kerana dokotr selalu menasihati ibu yang mengandung supaya banyak berjalan kerana ia juga membagikan kepala janin itu berpusing ke bawah supaya apabila dilahirkan kepalanya akan keluar dahulu diikuti oleh badan dan kakinya.
No comments:
Post a Comment