Dikir Barat merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya disambut oleh seorang Tukang karut dan Juara.Tukang karut dan Juara akan mendahului nyanyian sambil berbalas-balas pantun dan diikuti yang lain sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.
Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan.
Pendapat saya:
Saya rasa dikir barat ini satu persenian yang cukup bagus kerana ia merupakan satu cara juga untuk berbicara dengan penonton-penonton di luar dan ia juga membolehkan kita membagi mesej juga kepada penonton dengan cara yang menarik.
No comments:
Post a Comment