Budaya melayu
Wednesday, July 21, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRY KEENAM
Monday, July 19, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRY KELIMA
Sunday, July 18, 2010
PERTANDUNGAN BLOGGING 2010-ENTRI KEEMPAT
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KETIGA
Wednesday, July 14, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRY KEDUA
Sunday, July 11, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRY PERTAMA
Tarian ini ialah tarian-tarian warisan budaya jawa dengan pengaruh islam. Ciri Jawa itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur islam jelas pada jalan cerita itu semasa ditarikan iaitu mengisahkan peperperangan Rasulallah dan para sahabat.Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas persembahan.
Lazimnya terdapat 10 hingga 15 orang penari bagi setiap kumpulan penari kuda kepang yang biasanya akan mempunyai seorang ketua. Pada awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan. Tarian ini biasanya ditunjukkan di majlis-majlis untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang besar-besar, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Pada masa dahulu terdapat banyak pantang larang bagi mereka yang menonton persembahan kuda kepang seperti tidak mencaci penarinya atau akan menimpa musibah.
Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa, Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk menari sambil menunggang kuda. Setelah waktu berlalu, kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar. Ada pula yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang.
Pendapat saya:
Pada pendapat saya ,saya rasa kuda kepang ini mempunyai sejarah yang baik kerana ia memberi pengaruh yang baik kepada penoton di luar.Tetapi ramai yang mengatakan bahawa kuda kepang ini mempunyai ikatan yang kuat dengan rasukan syaitan.Dengan ini ,saya rasa semua ini tidak rasional dan ia cuma lakonan sahaja untuk mengagumi penonton-penonton di luar sana,dan ia hanya ingin menunjukkan betapa hebatnya kuda kepang ini.